Saturday, March 5, 2011

Setelah Tiba Di Toulouse 2

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

dikesempatan yang tak seberapa ini, saya akan sambung pula kehidupan korang nanti setelah tiba di Toulouse.

setibanya korang nanti di Toulouse, korang akan duduk dulu ngan famille d'accueil untuk 4 bulan tak silap. tapi mungkin korang akan duduk lama sikit sebab ari tu kami mintak kat responsable untuk kasi student duduk lama sikit.

ok, selepas korang sampai, hari keesokannya korang akan di bawa ke universiti Mirail, tempat korang akan belajar bahasa untuk 5 bulan.



haa, korang ingat tak episod sebelum ni saya ada cakap yang nanti akan ada prof yang bawa korang buat carte bleue? btw, nak ingatkan korang jugak untuk simpan sikit cash dalam poket supaya nanti senang nak guna duit sementara menunggu kad korang. lagipun, korang terima kad dan kod kad tu di hari yang berlainan.

dan yang paling penting, korang kene rodger kat mara dan jpa bile korang dah selamat sampai di tempat korang masing - masing.

macam yang saya katakan sebelum ni, korang kene get ready la kamus dan becherelle korang. nanti waktu kelas bahasa ni, korang memang akan gunakan benda tu dengan kerap.

ketika budak lain tengah cuti, kita yang belajar kelas bahasa ni akan diletakkan di satu program yang dipanggil kelas musim panas, cours d'été. kelas ni akan dibuat di sebuah istana. korang tak perlu expect yang ni istana yang gempak sebab istana ni in the end bangunan biasa ja pun.







waktu kami lalui kelas ni, awal program tu boleh kata best la jugak tapi bila dah hujung program tu, ada sedikit bosan la. mungkin sebab menghadap tatabahasa memanjang kan. tak tau la pulak yang lain.

dan sebagai penentu korang punya level french, korang akan lalui satu exam yang dipanggil TCF. Test de Connaissance du Français. Korang akan ambil test ni di hujung program cours d'été nih dan result nya pulak korang dapat waktu korang dah masuk IUT GCGP.

rasanya setakat ni la dulu kan. kalau korang ada apa - apa pertanyaan, jangan malu jangan segan tanya kami. kalau malu jugak, hantar message private kat Bro Azim ngan Bro Ali Hassan. Insyaallah akan dilayan secepat yang mampu.

sekian, selamat mengulangkaji untuk korang semua dan bonne chance!!!