assalamualaikum dan selamat kembali.
setelah hampir 5 hari lama nyamengadakan aktiviti ni, akhir nya ade jugak kesempatan untuk publier post baru. kali ni, aku nak cerite pulak kisah sepanjang hari sabtu 30 julai 2011.
kate orang, ilmu yang ade mestilah dikongsi dan disebarkan kepada orang lain supaya sekurang - kurangnya kita tak lah menjadi manusia yang hidupnya umpama pokok rendang tak berbuah. dengan rasa tanggungjawab, MASAF dengan itu telah mengadakan sedikit experience talk dengan kerjasama program pre france dan Malaysia France Institute.
tujuan utama majlis ini adalah untuk memberi serba sedikit penerangan perjalanan kehidupan sebagai pelajar di unikl mfi dan di france kelak.
alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun satu jam yang diperuntukkan untuk berkongsi pengalaman tidak mencukupi. pada pandangan aku sendiri, aku rasa memang kene 2 jam jugak sekurang - kurangnya untuk berkongsi bersama tapi apakan daya memandangkan masa tidak mengizinkan.
pada hari talk ni, memang sedikit memenatkan tapi dengan rasa bertanggungjawab dan semangat yang berkobar - kobar untuk menyampaikan, semuanya terasa lebih mudah.
selain itu, program ini juga turut digerakkan oleh pelajar - pelajar yang bukan belajar di mfi suatu ketika dulu. alhamdulillah segala pengalaman cuba disampaikan secara terperinci dan kami berharap agar dengan program tersebut, kami dapat meringankan sedikit situasi dan menjawab soalan - soalan rakan yang bakal ke france nanti.
pengalaman tetap pengalaman dan sememangnya masih aku akui yang masa untuk berkongsi itu belum mencukupi untuk berkongsi sepenuhnya segala pengalaman hidup di france setelah setahun menetap di negara yang maju itu. jika diberi peluang sekali lagi, insyaallah memang teringin nak kongsi lagi.
terima kasih turut diajukan kepada semua pelajar prefrance yang menghadirkan diri. sekian,
assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment