Inilah kali pertama saya menceritakan kehidupan di Toulouse. Almaklumlah, sudah hampir 7 bulan di sini tapi satu cerita pun belum kongsi lagi.
Tambahan lagi, masa belajar kat sini memang berat sampai kadang - kadang nak bangun pagi pun susah! :)
Ok la. Sebagai permulaan, biar saya cerita sedikit kehidupan kami di sini. Minggu ni dah kira minggu ke 19 kami di GCGP. 'Génie Chimie Génie des Procédés. Nak kata tough tu memangla tough. Mana- mana study pun tough. Penat tu memang benda biasala kat IUT ni.
Nampak tak bangunan kat belakang tu? Tu la IUT GCGP! |
Minggu ni kami baru jer menghadapi Partiel TP mécanique des fluides. Senang cakap hari ni la. Ada yang respon ok ada yang kurang ok. Tapi syukurlah semua berjalan lancar.
Minggu depan pulak ada 4 test!!!!!
Sebenarnya 5 tapi kami tak di suruh ambik test English, so gugurlah satu subjek. Chewah macam gugur talak jer.
Kebetulan pulak sekarang ni musim sejuk. Memang baju je tebal - tebal. Takde makne nye pakai baju nipis - nipis dah sekarang.. Baru - baru ni ada salji. Memang nasib baik la dapat tengok dan pegang sendiri salji tu. Memang satu kawasan IUT GCGP tu putih.
In the end, semua berjalan lancar walaupun masing - masing menghadapi kesukaran tak kira apa bentuk pun kesukaran tu. Senang je nak atasi semua masalah ni walaupun bagi kite kesukaran tu diluar kemampuan kita. Ok la, sekadar di sini saja dulu. Semoga ada masa untuk kita bersua kembali dan saya akan ceritakan lagi beberapa kisah hidup di sini. Tchao!!!
Kepada junior PF8, bonne chance et bonne courage pour la dernière semestre! on sait bien que vous avez hâte de finir le programme... :)
merci! brape lame salji? dah berskating belom?
ReplyDeletesalji tu tgk jugak suhu dan cuace. Kalau suhu rendah dan hujan, salji la.
ReplyDeletewahhh... hihi
ReplyDeleteada salji tp dorang xde ski.meh² ke aix..
ReplyDelete